Komen mengenai Kursus

Disebabkan aku sebenarnya tidak mempunyai hala tuju selepas dari menduduki Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia maka aku hanya membiarkan sahaja kakak sulung aku membantu aku mengisi borang UPU online. Kakak sulung aku itu sebenarnya suka dengan perkara-perkara melibatkan international dan overseas maka beliau ingat kursus yang beliau perkenalkan kepada aku ini mungkin kursus yang boleh menyebabkan aku pergi keluar negara. Tujuannya supaya beliau pun boleh ikut sama.

Ketika aku masuk ke orientasi kursus ini, aku sebenarnya bertemu dengan budak-budak yang bagi aku tak ngam atau tak sesuai dengan gaya pemikiran aku. Selain daripada itu, aku tidak melengkapkan ujian Bahasa Inggeris untuk Kemasukan Universiti atau Malaysian University English Test menyebabkan aku terpaksa mengambil kelas Basic English LMT 100 di Institut Bahasa dan Terjemahan, Universiti Sains Malaysia.

Tanggapan awal aku semasa masuk ke kursus ini adalah kami akan diperkenalkan kepada major bahasa asing seperti bahasa Sepanyol, bahasa Jerman atau bahasa Perancis. Tetapi sebaliknya aku tersentak apabila mendapati bahawa kami hanya diberikan kursus penterjemahan dan interpretasi dengan bahasa asas bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sahaja. Terdapat kursus minor juga tetapi ia hanya terhad kepada bahasa-bahasa Asia seperti bahasa Cina, bahasa Jepun dan bahasa Arab. Kursus-kursus ini sebenarnya menyediakan peluang yang terhad bagi kami yang tidak bercadang untuk menjadi penterjemah atau jurubahasa di syarikat-syarikat Cina, Jepun atau di jabatan-jabatan agama di Malaysia ini. Aku berpendapat bahawa mereka sepatutnya mengajarkan kursus penterjemahan berdasarkan kepada bahasa penting di United Nations (UN) contohnya seperti bahasa Inggeris dengan bahasa-bahasa seperti bahasa Sepanyol, bahasa Perancis, bahasa Russia, bahasa Arab dan bahasa Cina. Kursus bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebenarnya tidak memberi banyak kelebihan kepada pelajar-pelajar yang tidak bernasib baik ini.

Jadi, untuk kursus minor aku hanya mengambil kursus bahasa Jepun kerana aku fikir tidak mahu sama dengan budak-budak sekelas yang lain. Mereka beramai-ramai mengambil kursus minor bahasa Cina Mandarin. Ada juga budak-budak dari kursus yang sama menyertai kelas minor bahasa Jepun di Pusat Bahasa USM itu. Namun, budak-budak perempuan ini tahulah mereka 'poyo' dan macam bagus saja. Guru yang mengajar pun bukannya 'native speaker' dari Jepun sebaliknya seorang wanita Cina bernama keluarga Yeoh dari Penang. Guru bahasa seekor ini pun poyo dan pada pandangan aku 'racist' sebab kawan aku dari Thailand yang menyertai kelas itu pun berasa bahawa dia didiskriminasikan oleh wanita bergigi kuning itu. Dua tahun aku menyertai kelas itu adalah tempoh yang menyeksakan dan menyakitkan hati aku sahaja.

Pada ketika itu, aku tidak begitu jelas lagi bahawa terdapat kursus minor lain seperti kursus Pengajian Perniagaan, Psikologi dan lain-lain dalam senarai pilihan minor. Jika aku mengetahui hal itu, pastilah aku mengambil kelas berkaitan perniagaan sahaja kerana aku rasa aku tidaklah teruk sangat dalam hal-hal perniagaan ini. Aku pernah duduk dalam kelas Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM) yang mengajar Pengajian Perniagaan semasa menyambung pelajaran di Pusat Pendidikan Kasturi, Kuala Lumpur pada tahun 2005 sehingga tahun 2006. Walaupun aku tidak mengambil kertas tersebut tapi aku mendapati bahawa isi kandungan pengajian tersebut sebenarnya berguna juga.

Sebagai bekas pelajar sarjana muda dari jurusan penterjemahan dan interpretasi, aku boleh katakan bahawa aku kecewa dengan diri sendiri kerana aku telah tersalah pilih bidang. Aku berasa kasihan dengan arwah bapa aku. Beliau adalah orang yang paling gembira ketika aku masuk ke Universiti Sains Malaysia (USM). Bagi beliau universiti tersebut adalah antara yang terbaik di Malaysia walaupun sebenarnya kursus yang aku ambil itu sebenarnya adalah kursus yang tidak memberikan banyak peluang pun pada masa hadapan. Aku juga membazirkan umur aku selama tiga tahun bertapa di Pulau Pinang tanpa hasil yang memuaskan hati pun. 

Ketika tamat dari kursus ini dan menerima gulungan ijazah pada 13 September 2009, aku dapati bahawa aku tergapai-gapai untuk mencari pekerjaan. Tidak seperti pelajar-pelajar dari jurusan lain seperti dari School of Applied Sciences atau mereka yang mengikuti kursus perguruan. Arwah bapa aku cuba membantu aku mencari pekerjaan. Beliau membawa aku berjumpa dengan ketua penyunting di syarikat lama tempat beliau bekerja. Namun, kelihatan orang tersebut seperti acuh tidak acuh sahaja. Aku pun tidak menunjukkan minat sangat kerana aku faham politik di tempat sebegitu. Bapa aku sendiri pernah mengalaminya dan aku bukan kanak-kanak yang hanya hidup dalam dunia sendiri. Aku sedar kesusahan yang ditanggung oleh bapa aku yang cuba bertanggungjawab terhadap keluarga beliau.

Disebabkan aku merasa tidak yakin dengan sijil ijazah sarjana muda kerana kursus yang diambil itu tidak menjadi kunci kepada keselamatan kewangan aku di masa hadapan maka aku mengambil risiko memohon pengajian sarjana lanjutan berkenaan dengan politik dan pentadbiran yang mengkhusus kepada European Union. Keputusan ini aku ambil pada tahun 2010 berdasarkan kepada review yang diberikan oleh seorang rakan sekelas aku. Jadi selepas berhempas pulas dan masalah yang bertimpa-timpa aku kini bekerja sebagai seorang pegawai di sebuah badan berkanun. Pengalaman kerja aku pun tidak begitu lama kerana aku baru memulakan kerjaya dengan sebenar-benarnya pada usia aku tepat mencapai 30 tahun.
   
Sekian, terima kasih.

Sincerely,

Happy Buffalo
Ijazah Sarjana Muda Terjemahan dan Interpretasi (BATI)
Batch July 2006
Graduated 13 September 2009
Universiti Sains Malaysia, Penang Island